Monday, April 28, 2008
Surat Dari Seorang Ibu Kepada Seorang Anak…
Pernah tak korang terfikir..atau pun terlintas kat fikiran korang yang ibu korang mungkin tahu segala perkara yang korang buat..?
Tak kiralah time korang buat kebaikan ke, kejahatan ke.. pernah tak terlintas kat kepala korang? sebab baru2 ni, aku terjumpe sebuah lace w:st="on"surat lace.. lace w:st="on"surat lace dari seorang ibu kepada anak perempuannye..
lace w:st="on"Surat lace tu buat aku terfikir.. walau macam mana pun korang lace w:st="on"cuba lace nak sembunyikan kelakuan korang, tuhan somehow akan bagi petunjuk kat ibu korang.. ibu korang akan dapat tahu jugak.. Cuma persoalannye bile je.. ni isi kandungan lace w:st="on"surat lace tu!
"Anakku..,
Ibu tak tahu nak mulakan dari mana dulu. Ini semua akan mengganggu pelajaran kamu tapi ibu terpaksa luahkan juga. Sudah menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh anak-anaknya..
Anakku yang dikasihi..
Tergamak kamu menipu ibu kamu yang polos ini. Inikah balasan yang diberikan atas segala pengorbanan ibu terhadap kamu. Telahan yang sentiasa bermain difikiran, setiap kali kamu meminta izin untuk tidur di rumah kawan2 rupa2nya benar terjadi. Kamu mengambil kesempatan tidur bersama dengan teman lelaki. Kamu menghampiri zina dan membuat zina. Apa lagi yang ada pada seorang gadis kalau maruah tak pandai dijaga.
Ingatlah rupa paras yang hodoh boleh dihiasi dengan perangai yang baik. Perangai yang buruk boleh diubah sepuluh kali dalam sehari.
Semalam semasa di dalam kereta kamu menyebut jijik dengan kawan kamu, habis ibu tak jijik ke dengan perangai kamu itu. Kamu kata kamu sayangkan ibu dan ayah tapi kamu heret kami berdua dalam neraka kerana tak pandai mendidik kamu.
Apa yang perlu ibu jawab dengan nenek kamu. Dia ada telefon ibu tanya apa cerita dengan kamu?dia ada terdengar perbualan kamu dengan teman lelaki kamu. Apa yang telah dia dengar? Kamu fikirlah sendiri.
Kamu jangan nak tipu ibu, ibu ada semua bukti pengakuan dari kamu sendiri. Betapa berat hati untuk melepaskan kamu belajar jauh2 ni. Dekat dengan keluarga pun kamu boleh melakukannya apatah lagi jauh.
Boleh tak kamu berjanji dengan ibu yang kamu tak akan ulangi lagi perkara yang tak elok tu. Janganlah lagi ambil peluang atas kepercayaan yang ibu berikan pada kamu. Cukuplah kamu ego dapat katakan yang kamu dapat bohongi ibu dengan senang aja.
Betapa sedih rasanya ditipu oleh anak ibu sendiri. Ibu rasa macam nak gila memikirkan ada juga salah seorang anak ibu yang liar perangainya. Depan nampak alim tapi tewas dengan hawa nafsu sendiri.
Ibu nak tahu apa slh ibu dan ayah, sehingga kamu sanggup buat semua itu. Sekarang ibu mahu kamu buat pedoman di hari muka, apa yang kamu cari pada budak yang suka merosakkan anak gadis orang, hisap rokok, berjudi.
Kemana perginya akal cerdik kamu dalam soal ini. Jangan gunakan akal yang cerdik itu untuk mencari helah menipu ibu.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
Nasihat ibu, lupakanlah semua itu. Anggaplah titik hitam itu sebagai pengajaran dalam mengenal liku2 kehidupan. Ibu mahu lupakan segala2nya. Mulakan hidup yang baru. Jangan ulangi lagi.
Ibu mahu kamu teruskan belajar-kejar cita2. lupakan soal cinta. Cinta adalah pemusnah.
*kalau tak mahu diketahui kawan2, musnahkan surat ini. Kalau tidak akan terjadilah macammana ibu tahu cerita kamu..
Sayang,
Ibu mu!'
Hem!. So how!? Maybe surat ni surat biasa je bagi sesetengah pihak.. tapi kalau kite hyatinya, mesti kite dapat rase penderitaan ibu tu kan!
Dari isi kandungan lace w:st="on"surat lace ni, aku dapat simpulkan yang anak seorang ibu ni selalu je bermalam kat luar. Kire over nite r. Cakap nak tido uma kengkawan tapi dibantainye tido uma pakwe n buat maksiat.. oleh itu aku seru sume anak2 kat luar lace w:st="on"sana lace, jagalah diri masing2. jagalah maruah korang n maruah parent korang..
Akhir kata,jangan heret mak dan ayah kite yang dah banyak berjasa kat kite ke neraka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment