Syaitan adalah keturunan yang berasal dari
iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang
merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan
yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari
keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan
pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga
mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka.
Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir,
gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan
laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan
duuk beristirehat dan bermain main adalah didalam
perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan
tempat membuang kotoran.
Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari
menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat
jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang
paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu
berwaspada dgnnya.
1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering
mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan
ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata
kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg
mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa
musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan
ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis
Tsabar dalam menyesatkan manusia.
2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha
memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan
menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di
antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi
demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami
dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.
3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan
perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu
peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian
bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat
segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian
yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup
menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat
menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.
4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah
mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang
yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka
reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar
fitnah.
5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg
dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg
mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia.
Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh
sesama sendiri.
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment